Hehe. Ok, enough with Bulan and Amani.
Assalamualaikum SAHABAT! tak jawab dosa. kalau jawab SAYANG! *anwarhadi. Err. mungkin ini agak menggelikan bila korang baca tapi aku nak tulis gak! :D
kehadapan kak fizah, kak ar, kok nad, pikanyu, nini, shada, sufiyyah, ain, irda, dik jija, mong mong, syue, dib dib, mira dan nebeng. sudah tiba masa saya tulis surat untuk korang pulak. baca dan senyum pleaseee..
Okeh, kita start dengan SEM 1 ye sahabat sahabat (:
A friendship that can end never really began. sebagai budak baru saya agak malu time tu. saya, syue dengan kak r macam rusa masok kampong je. serba serbi tak tahu. almaklumla budak baru. bak orang tua tua cakap segar bugar datang dari rumah. okeh. sebenarnye saya sorang je rasa camtu. dorang ok je. nebeng or her real name is Fating si budak Ganupenyu tegur saya time tu. ayat first dia cakap......
Nebeng : eh, muka awak macam familiar la. jp nk ingat..
Saya : yeke? macam sape awak? *eksaited
Nebeng : haaa. macam makcik la. makcik saya!
Saya : WHATTTT?????
HAHA. nebong nebeng. kalau ye pon same. simpan la sorang sorang. saya muda lagi kot. isk isk. pastu mong mong pulak serbu saya dengan syue. eksaited nak perkenalkan diri. 'hyeeee. nama saya nadiah, tapi bole panggil saya emon! ' saya macam WHATTT??? pelik la budak nie. tapi dalam hati memang dah gelak gila gila. sumpah comel! dalam hati tiba tiba terpikir, 'waaaaa. budak class nie memang comel comel eh?' sambil memandang sorang demi sorang. pastu sorang demi sorang pakat perkenalkan diri n sampai giliran saya. jeng jeng jeng....
Assalamulaikum, nama saya Nurain Izzatie bt Zakaria, saya dari Aloq Setaq kedah. ayat first saya cakap dalam class. tiba tiba semua diam pastu teroz gelak gelak sakan. waaaaaaa! bapak pure loqhat kedah. HAHA. memang merah gila muka time tu. SHIT la! dalam hati memang dah sumpah seranah abes dah. sampai sekarang still kena ejek. macam nie la sahabat kan. macam nie la! grr
erm, apa lagi eh kenangan sem 1? okeh, mungkin kem Tok Sakah dan ESQ! dua kem yang memang havoc! time ESQ, kita selalu gado gado time makan. puncanya, nama kuih! yela, ada dari Ganu, ada dari kedah, ada dari kelantan. memang la lain nama kuihnye. walaupon isi, bentuk dan rasa kuih tu sama. adei laaaa. tapi, serious orang Ganu pelik pelik. ada ke kuih ketayap dorang panggil kuih LEBAI HAJI. pastu cucur badak dorang panggil kuih KERIA. waaaaaa! FAILED! lepas makan kuih masok balik dalam dewan. pastu nangis ramai ramai. saya nangis sebab tengok dorang nangis je. syue yang paling hebat time tu. kuat gila dia meraung! feeling abes. isk isk. pastu kita salam semut ramai ramai. time malam pulak. tido ramai ramai. main air kat toilet ramai ramai. budak budak kolej lain tengok pelik je. biarkan. HAHA. lepas mandi, kita buat bulatan. sembang, gosip, buat bising, makan kerepek. kenangan gila! time tido? erm. sufi buat kontroversi. mengigau dashat gila! siap kerut kerut muka pastu jerit jerit sambil tangan pukul pukul syue. nasib ang la syue tido tepi sufi. that's why we are friends.
dua hari lepas ESQ, kita g kem Tok Sakah pulak. tiga hari kat sana memang best. water confident. KAYAK! masok dalam paya bakau sama sama. yang paling best water confident la. pegang tangan pastu masok dalam air terapong ramai ramai. nie syue je yang hebat! terapong tanpa bantuan. HAHA. kayak? ermm. mungkin saya malas nak cerita. skip skip...okeh, pasal paya bakau. haaa. nie serious best! kita jalan pakai kasot getah pastu jumpa siput babi banyak gila! jumpa pokok pokok pelik. nasib baik takde buaya je dalam tu. pastu makan umbi pokok apa ntah. kenangan! :D
SEM 2 start dengan kita kena pindah class. dari SAC kita merantau ke dewan cafe. dari zaman aircond kita bertukar ke zaman kipas diri sendiri pakai buku. dah macam nomad dah. kalau class Mr. Kamal kita g SAC. class dia memanjang je kt SAC. (u know what i mean) pastu class Miss Yeoh g dewan cafe. pastu g SAC balik . pastu g dewan cafe balik. last last lepak dalam KOOP je. senang cerita. aircond ada. kak su ada. makanan pon banyak! hehe. but, at last dapat gak kita fix kan class. SAC akhirnya berpihak kepada kita! alhamdulliah bole la dapat aircond balik.
sem nie kita da start bersatu. gerko hoki satu class. English club pon satu class. petang isnin ramai ramai bawak kayu hoki g padang. orang tengok pon cam gerun je nak kacau. buat kena sedas naya je. pastu men hoki jerit sakan gila! dah la men rebut rebut. mong mong la! ganaih gila main. tapi kalah gak. terbukti kehebatan TEAM 1! tak bole dinafikan ( tengok la goalkeeper dia sapa? KOK NAD! ) lepas je men hoki, teroz g amek helmet g pasar malam takpon g kedai depan maktab tu. beli ayaq nyok garu! makan minum ramai ramai kat padang. that's why we are friends (:
MACBETH! time satu class kena berlakon untuk assignment Mr Genga. bersungguh sungguh kita hapak skrip kan? dah la bahasa tua Shakespeare. terbelit lidah nak menyebut. tapi demi Mr Genga yang tercinta kita berjaya gak berlakon secara gilang gemilang (dekat dewan kuliah c je pon) kalau tengok balik vid tu. mesti bole gelak guling guling. ada ke saya jadi witch pakai selipar. topeng da la tak menggerunkan. suara pulak macam katak je. FAILED! antara calon untuk anugerah pelakon terbaik ialah.....
mira : witch
pikanyu : ang jadi apa ntah pika? lupaa...
shada : witch
kak r : lady macbeth
syue : macbeth
jeng
jeng
jeng...
jeng
jeng...
pemenangnye ialah... SYUE and MIRA! oyeahhh. macbeth versi awwwww dan witch terbaik. gerun gila tengok mira jadi witch. bole la apply jadi pelakon tambahan untuk Suhaimi Baba time nk tunggu posting nanti ye mira. tolong ajar saya dengan shada macam mana nak jadi witch yang berdedikasi eh. kak r? fuhhhh! tergoda aii. sori macduff! pika? not bad. main pedang kot. at least ang dengan Liza pernah gak merasa jadik pokok time scene last. scene terbaik tue. saya teringin kot! jeles jeles :(
SEM 3 memang dah fix class kita kat SAC.
apa eh yang kita buat sem 3 nie? lupaaa..yang ingat futsal je! tak enjoy sangat la futsal. hoki lagi best kot. bole gak merasa pukul orang. hohoho. maaf la sesapa yang pernah merasa ye. tak sengaja kot. ngeh ngeh. dib terer futsal! bergol gol dia boh! mungkin dia selalu minum milo. kalau saya pon minum milo mungkin saya lagi hebat dari dia. tapi mak saya marah. dia cakap milo ada banyak cacing. saya jadi takot. so, saya batalkan hasrat nak minum milo. mungkin saya tak dilahirkan sihat dan kuat untuk main futsal. see u in the next game babeh! hehe.
sahabat (:
saya tanya syue apa lagi eh kenangan time sem 3. dia cakap sem 3 yang paling tak best. yeke? mungkin laaa. hehe. elaun selalu masok lambat kan? grr grr. yang paling tak bole lupa. time kita karaoke depan lappy, tengok muvie, joget joget dalam SAC. bukak satu je. semua pakat tengok. bising bising. dengar lagu heavy metal, dangdut, hindustan. takde sapa dengar. yela, SAC kan macam dalam tempurung. buat apa pon orang tak tahu. ngeh ngeh ngeh. skip assembly? SELALU! kak r, saya, syue, shada, dib dib, BOB! senyap senyap je dalam SAC. siap bawak masok kasot semua. takot En. Ravi nampak. HAHA. sapa punya idea la tue. tapi Alhamdulillah la. dari dulu sampai sekarang sekali pon tak pernah terkantoi lagi. PRO kot. cakap besar! HAHA. keji gila saya. mungkin sem nie jugak lappy saya dah berat gila! shada dengan pikanyu suka bagi saya vids yang sumpah best! tengs ampa dua! that's why we are friends :D
eloooo dib dib, shada, syue! ingat tak kita study gila gila time nak exam ritu. hari hari berkampong di bilik saya sampai pagi. study la sangat kan? kita kita je yang tau. syuhhhh. hehe. jap g nebeng datang bawak pelam pastu panggil semua orang cicah ramai ramai. dugaan gila. time nak fokus dengan Mr Genga, datang pulak SHAITON bagi mengantuk. sabar jela. memang dugaan nak belajar Literature macam tue agaknye. kesian Mr Genga. sabar ye tunggu bulan 3 nie. hehe
sahabat (:
Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget. insyaAllah. kita akan lebih kenal dalam masa empat tahun nie. dugaan, cabaran, sudah, senang sama sama ye. apa yang penting kerjasama. ye, nie ayat Wonderpet. tapi ayat nie la yang paling penting dalam sebuah TEAM! the friends you need to help you make your dream come true are everywhere, and within your reach. nanti dah posting. jangan la ngada ngada lost contact eh. pesanan untuk semua. haishh! semua dapat. jangan rebut rebut!
kak r: jaga diri jaga iman. insyaAllah. akan jadi yang solehah buat Macduff dan family. Amin! *hidup Aloq setaq :D
kok nad: mintak maaf kalau ada terkasar bahasa. termengejek. sumpah saya hanya bergurau senda. awak comey! :D
kak fizah: insyaAllah. persahabatan kita kerana Allah (:
irda: hey new friend. jaga bilik ai elok elok okeh. sayang awak. *hidup junjong :D
dib dib: gigi! sayang awak. renovate bilik tue jangan sampai lupa lun lun ye.
mong mong : comey! jum tukar suara nak? (:
nini: nak lesung pipit awak! pinjam sejam! mmuahh! (:
dik jija: bole tak tolong transferkan kerajinan awak dekat saya. sikit je. bole la. bole la. *wink
pikanyu: hehe. awak comel. hidup penyu! tanak komen banyak. kang awak marah :p
mira: bapak la! awak baik. suka bagi saya semangat! tengs!!
ain: hihik. hihik. asyik ketawa je awak nie! comey! :D
nebeng: mung comey. ingat saya ingat seteroberi (:
sufi : budak genius! tukar otak jum! ngeh ngeh :D
shada: err. hye shada. mmuahh mmuahh! (: